Ok, meh saya kongsi apa yg saya tau pasal LCD TV punya technology sekarang ni, selepas beberapa internet forum plus tanya technicians kat Harvey Norman Best Denki, HSL Electronics. (belum tanya SenQ jer lagi..hehe), inilah yg saya paham..
Which one to choose, LCD ke atau Plasma? Ikut survey dan pendapat salesmen, Plasma best kalau 42′ ke atas, LCD pulak best 42 atau 40′ ke bawah. Plasma pakai gas, LCD pakai liquid. Nak beli, tgok contrast yg tinggi, lagi better. Tapi std nya, kalau Plasma std contrast 10,000:1 and kalau LCD 8,000:1.
Kalau Plasma bawah 40′, tengah absolete sekarang, so dia org jual murah…
Another thing is dia punya resolution pixel. Rata2 standard yg tulis HD ready, maknanya High Definition ready, kalau Astro next year tukar pada Digital, mmg best lah tgok Plasma atau LCD. Std resolution ialah 1366 x 768 pixels (atau 720p). p kat sini makna nya progressive. And ada i jugak, maknanya interlace. So 720p = 1080i = 1366 x 768 pixels. Kalau dia tulis FULL HD maknanya pixels dia lagi tinggi, gambar lagi best, i.e 1920 x 1080 pixels = 1080p ( 2 kali lagi cantik dari 1080i) … wahhh, paham ke setakat ni? saya pun tak faham ni..haha
Conclusion, Full HD = 1080p. HD ready = 1080i.
Kalau nak tgok EPL, kena pilih response time yg cepat. If not, nampak bayang2 bila org tu berlari atau sepak bola. Tak cantik! Response time setakat ni rata2 adalah 8ms. And LCD TV sekarang ni rata2 50Hz. Tapi ada jugak 100Hz. So kalau response time 5 ms and 100Hz, memang cantik la… Tapi rata2 8ms and 50Hz. Sharp Aquos baru keluar 37′ LCD 6ms 100 Hz. Philip baru keluar Full HD (High Definition) LCD Tv 5ms, tapi 50 Hz.
Apa beza 50 Hz and 100 hz to lay man mcm kita? Kalau ada announcement tsunami kat bawah screen kita tu, kalau 50 Hz LCD, cepat dia keluar and flickering, kalau 100 Hz, baru dapat baca dgn tenang…
Apa lagi yer? ooo ok… kalau beli LCD TV atau Plasma, kena lah tukar DVD player baru sebab kalau pakai DVD biasa yg guna wayar merah putih kuning tu, gambarnya memang mcm kotak2, sebab dia tak support HD Tv yg kita beli. Kita kena ada HDMI cable dan kat DVD player baru yg ada HDMi ready tu, barulah gambar jadi mcm biasa. DVD player HDMI ready dlm RM300++. Cumanya, DVD pirate atau original yg kita beli, hanya support up to 480 pixels, so gambar tak la mcm yg depa tunjuk dalam kedai2 LCD tu, terang dan nyata.hehe
What to do? DVD player HDMI ada yg ada tulis “with upscaling” – maknanya, dia akan upscale kan pixel tu seolah2 jadi 1080i (kalau LCD HD readylah) atau 1080p (kalau LCD kita Full HD). So jadilah terang dan nyata!
Cuma Astro kita tak cantiklah sebab la ni masih analog, so takde upscaling. Tapi jgn risau, jika anda banyak duit, browse kat internet and cari upscale HD convertor.. atau yg famous sekarang DVDO – RM6k tuuu.. tapi kalau yg biasa, upscale convertor ada yg RM1k++ jer, kalau online shopping. Upscale convertor ni memang jadi mainan anak2 mat salleh sebab dia org main PS2 dan PS3, kena beli convertor ni so that game dia org tak flickering atau berkotak2 kalau main Winning Eleven bola tu..hehe
Upscale HD convertor adalah satu box mcm kotak DVD player jugak tapi kita boleh cucukkan jer Astro lama kita ke box tu, DVD lama kita ke box tu, VCD player lama kita ke box tu, and then terus output ke LCD kita… dia upscale kan ke 1080p atau 1080i, maximum pixels!! Gambar terus jadi macam dlam kedai TV tu!!! uyyyoo..
Ok, itulah serba sikit ilmu dunia yg saya tau pasal LCD Tv yg tgh trend la ni kat malaysia…